Tahun 2006, sedar x sedar aku dah form 1 rupanya...Tahun ni aku bukan je dah masuk form 1 tp aku jgk terpaksa meninggalkan geng2 aku sbb terpaksa mengikut keluarga berpindah kerana tugas ke Tawau...
Sedih gak , tp aku terpaksa terima hakikat sbb aku ni anak bongsu...tak adil... inilah yang aku fikir sebelum mengikut keluarga sbb abang aku Zakwan yang sekarang ni form 5 ttp tinggal di LD...Hmmm...nasib baik abang2 dan kakak aku selalu bg nasihat dan ambil tahu ttg aku jd mmg x boleh nak elak dah...
Sekolah baru dan kawan baru...apa yang dapat aku gambarkan ttg sekolah aku ni ialah disiplin yg ketat. terkejut jgk aku bila dengar semua peraturan dalam sekolah ni...apa x nya sebelum ni rambut aku yang boleh buat bermacam-macam fesyen terpaksa dipotong pendek seperti seorang rekrut... nak tergelak ada nak marah pun ia...dah tu apa hampir semua perkara yang nak dibuat kena pakai duit termasuklah ke tandas...huh dasyat tp ada jgk kebaikannya sekurang-kurangnya bersih jgk tandas tu hehehe.
tentang kawan aku sebenarnya memang x ada masalah sbb aku ni bolehlah dikira peramah...tp yang aku x faham-faham ni...ada plk budaya minat-minat...aku biasa gak dengar pasal benda ni dr abg dan kakak aku tp masih x faham gak...tp bila situasi ni jd kat aku...lg aku x faham...
Apa-apa pun bulan 12 ni genaplah umur aku 13 Tahun...wargh...x sangka cepat masa berlalu...hehehe...
Inilah aksi-aksi aku dulu dan sekarang....
